Budak Kecil Dilanggar Dan Tidak Dipedulikan (Video)

Share


Pada 13 Oktober 2011, di Nanhai Foshan City, Cina, seorang budak perempuan yang sedang bermain-main di sebuah pasar tiba-tiba dilanggar oleh sebuah van yang lalu pada ketika itu. Pemandu van itu yang pada mulanya tidak sengaja terlanggar budak tersebut, telah menberhentikan vannya. Tetapi apabila menyedari yang dia telah melanggar seorang budak, untuk kali kedua dia melanggar budak itu dan pergi begitu sahaja. Apabila ditanya oleh polis kenapa dia berbuat demikian, dia berkata, pada ketika itu dia terfikir, kalau budak itu mati, dia cuma perlu membayar denda lebih kurang RMB10,000- RMB20,000 sahaja, tapi kalau budak tu hidup, dia terpaksa menanggung akibatnya seumur hidup. Jadi dia terus melanggar dengan harapan budak tersebut akan mati. Itulah dasar undang-undang yang dijalankan di Cina, yang mana kalau kes langgar mati hukumannya adalah lebih ringan jika dibandingkan dengan kes langgar hidup. Pelik betul.

Berbalik pada kejadian tadi, budak perempuan tu yang pada ketika itu masih bernyawa dan sedang menggeletar kesakitan dalam keadaan cedera parah, dilanggar pula untuk kali yang ketiga oleh sebuah kereta. Dan apa yang lebih menyedihkan, dia tidak dihiraukan langsung oleh mereka yang lalu-lalang pada ketika itu. Mereka hanya memandang dan berlalu tanpa memberikan apa-apa bantuan. Lebih kurang 20 orang yang lalu dalam tempoh tersebut. Hinggalah akhirnya lalu seorang wanita yang bertindak untuk menyelamatkan budak tersebut.

* Mana hilangnya rasa kemanusiaan? :'(

16 comments:

Azmar Rahim said...

seolah2 nyawa manusia tak berharga.....sedih

ilamok70 said...

sangat2 x bertamadun x da undang2..hmmm sian budak tuh :( sgt2 sedih tgk adik tuh..:'(

lonelygirl said...

teruk betul!!

Waniey Shaari, said...

akhirnya, budak tu da meninggal. subhanallah~ undang2 yang tak masuk akal.

Dari Mata Pena Seorang Insan Biasa said...

ANJING PUN SAYANGKAN ANAK..INIKAN MANUSIA..

Caramella Raseb said...

cian cgt2...bdk tu
lngsng xder tmadun..

Syarif Amal said...

ya Allah,, Jangan Sampai Negeri Kami Seperti itu... Nyawa Manusia Sudah seperti Nyawa binatang.., Terlaknat lah semua yang mngacuhkan...

Aku HambaNya said...

Zalimmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm....apabila hilang perikemanusiaan dan penting diri sendiri, inilah jadinya. Semoga menjadi pedoman kepada kita semua dan sensitif kepada persekitaran. Sgt sedih dan menyayat hatiku ;(

- miLik kami bErdua - said...

ergh ! geram nye tngok org y langar dan yang hnya melihat kanak2 tu cam 2 aje.. semoge Allah membalas sgala perbuatan mereka dgan setimpal !

Lulu Komang said...

Hidup dan mati itu datang dari yang kuasa tapi manusia menghargainya berbeda itu satu tanda bahwa manusia tak memiliki harga. ia terkadang tidak pernah menghargai apa yang diberikan tuhan kepadannya hingga lupa ia akan harga pada sesuatu apa ia-nya.

Coretan hatiku said...

tiada sifat kemanusiaan langsung...haiwan yang tiada akal pun lebih pandai inikan pula manusia yang telah allah kurniakan akal untuk berfikir tapi tidak digunakan...

kσʀєɑи ιs ιи ʍγ ℓιfє ♥ said...

Apsal lah kena Byar plak...
Duit mner pnting lh ..
Duit cumer kprluan kiter jer..
ia brbeza ngan mnusia.aper lh
pnyer org China nieh.Kalu syer,
bdak tuh slamat bru syer gmbira.

Osmosis said...

Hem. Undang2 yg kejam yg mengajar rakyatnya mnjd kejam!

belajar tips trikws windows said...

Nice blog...
visit my blog http://deny-zulisetiawan.blogspot.com/

Nur Zuraiti Abdullah said...

sdeyh gile .. sian budak nie .. jahat betul urg-2 awam tu .. tengok jer eak .. subhanALLAH ..

herry tan said...

Wooowww..., this blog very cool ..., i like it very much..

if u have time visit n follow my blog
herry-tan.blogspot.com.. thanks

Post a Comment

.

Followers