Photobucket

Daging Berupa Kalimah Allah Ditemui Di Surau Pak Bakor, Paka.

Share




"Pada 18 September 2010 surau Darulsalam (Pok Bakar) depan stesen minyak ESSO Paka telah mengadakan jamuan Hari Raya Aidil Fitri. Seekor lembu telah disembelih dan dagingnya telah dimasak singgang untuk jamuan.

Kebetulan petang itu selepas solat zohor Ustaz Saiful datang makan. Semasa tengah makan tu berita gempar dari anak Pok Bakar yang sedang menambah lauk di khemah perempuan, telah terjumpa kalimah Wallahu. (Allah) pada sekeping daging yang dihidangkan, tidak sampai beberapa minit terjumpa satu ketul daging lagi berupa kalimah Allah. Ramai yang sempat merakamkan gambar ketulan daging tersebut.

Pada sebelah pagi semasa melapah daging lembu tersebut, daging terasa seperti banyak, sehingga dah dimasak 2 kawah daging masih lagi ada yang belum dilapah. Pok Bakar pun merasa hairan kenapa daging ni menjadi banyak. Harga seekor lembu hanya RM 2,400 jer.

Itu lah dia kekuasan Allah SWT.
Wallahualam."


MasyaALLAH ini adalah barokah sebenarnya……….

Surau Pok Bakar Paka….mengamit memori silam….
Mudah mudahan menjadikan kita hamba hamba Nya yang lebih bertaqwa

Firman Allah yang maksudnya:

"Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Dia juga yang menyempitkannya bagi mereka (yang ingkar): Bergembira dengan kehidupan dunia, sedang kehidupan dunia itu tidak lain, hanyalah kesenangan yang kecil dan tidak, kekal berbanding dengan kesenangan hari akhirat."

Surah Ar Rad


*Forwarded email

6 comments:

puterihikayat said...

subhanallah!

Anonymous said...

OMG my hometown!

❤ Á ω ℇ Ꮪ Ꮳ ℳ ℇ girl☮ said...

Subhanallah !

MOHAZ said...

subhanallah! mohon keizinan drp empunya blog ni utk saya brkongsi info ini yg menunjukkan kebesaran dan kekuasaan Allah ke blog saya.Moga perkongsian ini memberi seribu makna kpd pembaca lain.keizinan drpd empunya blog ini sya dahului dgn ucpn trima ksh.

khaireen_8587 said...

subhanallah..

Abdul Karim Bin Zakaria said...

Subhanallah!!

Post a Comment

.

Followers