Pokok Beracun

Share

Ini email yang aku terima tadi :

Salam,
Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.

Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumboh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam.

Sila maklumkan kerana terdapat kes kematian yang jarang dilapurkan diakibatkan oleh pokok ini. Selalu kes ini diklafikasikan sebagai "food poisoning".

Keprihatinan anda menyebarkan berita ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang.

*Aku pun tak pasti kesahihan maklumat email ni, tapi kalo betul?memang bahaya dowh..coz pokok ni aku tengok memang berlambak dijadikan hiasan kat mana-mana..apa-apa pun, take a note n hati-hati..

19 comments:

Wawa Zolkepli said...

mcm ade jer pokok ney kat garage wawa.
adeh!

shameel Iskandar said...

tak tahu plak pokok ni beracun. kt umah saya di kampung rasenya ada mak saya tanam pokok ni.

Tomato Gurl's Life said...

btul ke ni??byk je nmpk pokok ni org wat hiasan..xtau plk beracun..huhu..

Vanilla Popsicle said...

huih seramnya! nasib baik kt umah xde pokok ni.

hani said...

biar betul....

Hazwan said...

jalan2...

♥cutebabygirl♥ said...

fuyoooooooo
dasyatnyeeee!!!!!!!!

sop said...

pokok ni mmg bergetah daunnyer tp x tau lak beracun..

Mrs Helmee said...

eh yeke? kat umah mak ader 1 pokok. tp rasanyer aritu kucing mak ader gigit2 daun pokok ni, tp xade ape2 pun. tp xtau la klw dia efek kat manusia je.. bahaya ni..

suffian said...

fuhh.. nasib baik kat rumah aku x de pokok tu.. buat rugi duit je sbb dah beli kena buang lak..

errr.. apa2 pun klik2 nuff kat sini..

Bit Zamri said...

mak oiii!!!
kena racun pokok ni cepat2!

Goldilicious said...

wah...takutnya
nanti nak balik kg cek ada x pkok ni

Mama Qistina said...

hah biar betul ...takut kalau budak kecit yg gigit pokok ni kan.....

jeman beragas said...

bahaye nih...nak check gak..ade ke bini aku tanam pokok nih...

dunspeak♥ said...

pokok ni femes kan..orang selalu wat hiasan pokok ni

piewahid said...

mmg bahaya kalau terkena termakan getahnya. kelebihan pokok senang nak dijaga. bagi yg beranak kecil, eloklah dijauhkan. :)

Anonymous said...

dlu ak kcik ak pnh mkn..xjdi pape un..

Im Muslim said...

ha!mesti alien!sbab mkn x de pape....

ciksue said...

saye dah penah kena racun pokok ni kat tapak tangan..lepas tu rasa gatal yang amat sgt..terasa bisa sakit tu menjalar kat tapak tangan..tumbuhan ni jenis family araceae..saya terkena sewaktu nak buat herberium hortikultur..

Post a Comment

.

Followers