Photobucket

Pengakuan Dan Permohonan Maaf Dari Gadis Yang Mempersendakan Zikir

Share
Slm pada semua muslim..

Ikhlas saya katakan disini, betapa tergurisnya hati saya bila mula-mula melihat video ini :’( dan saya upload video ini bukan atas dasar untuk mengaibkan, tapi untuk menyedarkan dan memberi pengajaran … bukan saja pengajaran kepada si pelaku, pengajaran juga kepada mereka-mereka yang selama ini menganggap perkara seperti ini boleh dijadikan hiburan..apakah kita saudara semuslim mampu untuk berdiam diri sahaja bila melihat penghinaan ini? Sekiranya kita memandang dari sudut yang negatif, sampai bila-bila pun perkara seperti ini tidak dapat dibendung dan dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang tindakan..ambillah dari sudut positif sahabat-sahabat semuslim...

Kalau tidak kerana video ini tersebar dan seterusnya mereka dikenakan tindakan, mungkin penghinaan ini bagi mereka tiada salahnya..tiada siapa yang menegur dan tiada yang tahu..berterusan berterusan dan diulang-ulang lagi tanpa rasa bersalah..….redhakah kita dengan keadaan ini? sanggupkah kita mendiamkan sahaja apabila difikirkan balik akibatnya?? Membiarkan seorang muslim terpesong akidahnya dalam diam tanpa ada yang menegur dan diberi pengajaran? ..tak kira sama ada mereka jahil atau sengaja, selayaknya mereka ditegur dan dibimbing agar mereka sedar yang mereka sedang mempersendakan agama sendiri.. :’(

Dan hari ini saya dapat tahu yang mereka telahpun dikenakan tindakan dan telah membuat pengakuan dan permohonan maaf terbuka, di sini…harap-harap bukan minta maaf saja dik, segeralah bertaubat nasuha..memohon maaf dari- Nya dan janganlah diulang lagi..itulah yang terbaik.. jangan disimpan video ni kalau awal-awal dah tahu benda ni salah.. Syukurla dah sedar. Dan untuk itu saya delete video ini kerana si pelaku sudah pun minta maaf dan sedar akan silapnya (harap-harap tidak dimulut saja, di hati pun..)

Minta maaf jika teguran dan kata-kata saya ini menyinggung mana-mana pihak.. kalau ada yang tersilap harap diberi teguran. Sesungguhnya apa yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari diri saya sendiri sebagai makhluk – Nya yang lemah..wassalam.

18 comments:

Durrani Zamri said...

x tgk lagi la video ini..huu~
nak tgk gak sape yg kurang asam tuh..

Fazreen said...

ouh.. dah tengok video tu kat facebook..
bagus laa kalau dia mengaku bersalah..

Mr. Asada said...

bagus la kalau dah mintak maaf.. harap ayat maaf mohon ampun tu masuk dalam hati..

sama-sama ambik iktibar..

Cikgu Dahlia said...

owh..she's the girl yg menjuih mulut dalam video tu..dah baca ayat maaf..tapi xrasa maaf yg down to earth pun...huhu jahatnya aku..
anyway. macam Asada cakap, hope maaf tu dr lubuk hati yang paling dalam dan setuju dengan apa yg dicatatkan di sini.

HerNameIsWZ said...

inilah jadinya kalo salurkan kekreatifan tak btempat.
harap2 lar jd pngajaran kat semua teenager kat luar sne..tmasuk wawa jgak. =)

Hazwan said...

bagus la jika mereka memohon maaf..laen kali jgn buat lagi..=)

Abi said...

beringat sebelum kena

ULtradya said...

kat mana yg diorang mintak maaf tuh...nk tgok gak

SH said...

bagus lah dah minta maaf...
tapi sebelum tu dengan ALLAH dulu..
diorang buat ni tak fikir, kan dah kena...

yott said...

semoga x berulang lagi..
malu jer ada girl melayu islam buat perangai mcm tu..huhu

Anonymous said...

bagus lar die dah minta maaf..harap2 diorang sedar kesalahan diorang..

Jom usha entry terbaru kat sini E J U M

YOUsoF said...

Elok sangat la macam tu. Sendri mau la ingat la bende² macam tu.

*banyak lagi lagu yang dorang boleh bawak kan. cam lagu ikan kekek ke, tak pon nyanyi jela mane² lagu iklan sekarang ni ;D

Aku said...

kasik pengajaran kat orang cenggini

UNICHI YJ said...

penah gak wt entry pasal ni.
bgusla klo dah mntak maaf..hope jgn ulang benda yg sama.

Aretikz said...

Maaf? Alhamdulillah.. Tapi taubat lagi penting~

mijieywardie said...

Bagus la kalo da minta maaf.. dorang ni cuma bdk2 yg xknal dosa pahala, yg xtahu mana baik mana buruk.. same cam kite yg kadang2 ada uat salah gak.. ( tp x la melampau camni.. hehe..)

gadis kaca mata said...

dh tgk vdeo ni..mula2 tgk ase geram sgt2...tp,klu tgk fikirkan blik,kenape lah ade yg snggup mempersendakan agama?diorng ni mybe de somtehing yg xckp dlm diri

suichi said...

menjadi insan yang lebih baik tidak semata-mata mengelak dari membuat kesilapan. tetapi juga sejauh mana seseorang itu ingin memperbetulkan kesilapannya.. syukurlaa

Post a Comment

.

Followers