Berikut adalah tips yang berkesan untuk korang cover malu:
1.Kalau tersepak batu:
Jangan terus bangun, sebaliknya kamu baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai. Bila sudah tiada yang nampak, barulah bangun.
2.Kalau terjatuh basikal:
Cepat-cepat naik basikal kamu semula dan buat-buat jatuh sehingga berkali-kali supaya orang ingat kamu sengaja buat lawak.
3.Kalau terjatuh tangga:
Terus bersilat seolah-olah kamu dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus.
4.Kalau terjatuh dalam longkang:
Pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka kamu seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan.
5.Kalau jatuh ketika naik bas:
Jeritlah kuat-kuat "Oi! Apa ni tolak-tolak orang?" walaupun sebenarnya tiada orang di belakang kamu.
6.Kalau terjatuh di depan perhentian bas:
Terus buat-buat pengsan sehingga ada orang yang membantu kamu.
Kalau tak ada yang membantu baring terus sampai malam sehingga tiada seorang pun yang tinggal di perhentian bas itu. Inilah masa yang paling tepat untuk kamu bangun semula.
7.Kalau tergelincir di lantai licin:
Tariklah kawan-kawan atau sesiapa yang ada di sebelah kamu untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah kamu seorang sahaja yang dapat malu. Ye tak?!!
10 comments:
haha
mantap!!
*gelak guling2*
erm, kalau jatuh cinta laks??
heheheheh!
kalo jatuh cinta takyah r cover2,hehe
wow ! gempak !
hahahah....nk mtk izin nk ambik tips ni letak kat opis...hahhaha...leh kan
wow!baik punya!!!!!!!!!!!!!!!!
baik punya
seyesssssss... baik punye tips... ahahhahahahhaa
Haha !
Cya lha !!!
law buat2 jth pensan tp xde org nk angkat/ tolong.. nk pengsan smpai bl??? haha
Post a Comment