Ayah Pin Kembali Lagi..

Share

JERTIH: Ayah Pin atau Arifin Mohamad, pemimpin ajaran sesat Kerajaan Langit yang diharamkan pada 2005, kembali meneruskan kegiatannya di perkampungan kumpulan itu di Kampung Batu 13, Pasir Akar, Hulu Besut, Besut.Ayah Pin yang kelihatan uzur kerana menghidap penyakit kencing manis, ditemui wakil Berita Harian ketika menyertai seorang sau-dara terdekat ke perkampungan berkenaan pada Isnin lalu.Pertemuan dengan Ayah Pin yang berusia 70 tahun berlangsung di sebuah warung di perkampungan kumpulan itu mulai jam 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Mereka berkumpul di warung berkenaan untuk mendengar ajaran Ayah Pin.

Antara yang hadir adalah pengikutnya dari Selangor, Pahang serta Mersing dan Batu Pahat, Johor, yang datang menaiki pelbagai kenderaan mewah termasuk Toyota Wish dan Mitsubishi Grandis.

Pengikut ajaran itu termasuk peguam, pegawai bank, guru serta penduduk Orang Asli dari Rompin. Sejurus berdepan Ayah Pin yang hanya berseluar pendek dan memakai singlet putih, duduk di sebuah kerusi dalam warung terbabit sambil menghisap rokok. Semua pengikutnya mengangkat sembah sebanyak tiga kali sebelum melutut dan mencium tangannya.

Ketika pertemuan itu, Ayah Pin turut menceritakan pengalamannya naik ke langit hingga aras ketujuh untuk meninjau keadaan syurga dan neraka serta mendakwa dia turut menyertai sesi mesyuarat dengan malaikat, jin dan iblis sebelum jin dan iblis kembali ke bumi, manakala malaikat kekal di langit sejurus selepas mesyuarat berkenaan tamat.

“Saya dilantik sebagai wakil kerajaan langit untuk memantau keadaan di atas dunia dan ditugaskan supaya memastikan ia selamat dan tiada sebarang sengketa sesama sendiri, baik yang beragama Islam, Kristian, Buddha dan Hindu.

“Semua agama di muka bumi ini adalah sama. Semua pengikut hendaklah sentiasa beramal ke arah kebaikan, mencari bekalan sebelum mati agar sentiasa berada dalam keselesaan di akhirat. Hak orang jangan diganggu, jangan memfitnah orang dan carilah jalan damai sepanjang masa,” katanya.

Ayah Pin turut mendakwa dia tidak ditahan pihak berkuasa di Terengganu kerana tidak mengancam keselamatan negara.

Dia berkata pihak berkuasa boleh mengambil tindakan terhadapnya pada bila-bila masa kerana dia tinggal di kampung itu.

Selepas selesai majlis itu, semua pengikutnya mengangkat sembah tiga kali dan mencium tangan Ayah Pin sebelum beredar. Ada antara mereka menyampaikan sumbangan kewangan kepada Ayah Pin.

Difahamkan, sekurang-kurangnya empat rumah disewakan kepada pengikut ajaran terbabit yang datang dari jauh untuk bermalam di kawasan itu.

Pada 2005, pihak berkuasa memusnahkan perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin yang dipenuhi pelbagai monumen termasuk Bahtera Nabi Noh, Telaga Zam-Zam dan Kendi Gergasi.

Namun, ketika itu Ayah Pin dikatakan menghilangkan diri tetapi beberapa pengikutnya termasuk isterinya ditahan dan didakwa di mahkamah-Berita Harian.

11 comments:

ezza said...

umo da 70..
hujung2 da tobat laa
heran aneh ajaib org yg berilmu
pn bole tpengaruh dgn PIN neyh
ada ilmu tp x beramal & x berakal
bb tu jadi camnie

Nur Aliyah said...

betoi3

Princess Nur said...

hoho..takut..

Anonymous said...

Nak takut nape?
die buakn sapa2... die juga manusia biase cme kite... yang berkuasa hanya allah.. mengapa perlu ada sebegini..?? orang2 yg berilmu tue jgk mungkin dh kne pukau agk ye. sepatutnya mereka diparas waras.. mereka akan fikir secara rasional mengapa perlu sembah orang begitu yang pakai seluar pendek dan hanya bersingle putih... ish2... no akal...!!

Anonymous said...

Itu semua aku tak pelik. Dunia dah akhir zaman kan ?. Yang aku pelik ada pihak yang mengaku cekap dan pandai tangkap penjenayah besar-besar, tapi ayah pin sorang macam tu tak boleh tangkap !. Ada rasuah ke ?.

Ingatlah.... Semua pemimpin akan ditanya atas kepimpinannya. Termasuk akan ditanya kenapa ayah pin sampai sekarang masih tak ditangkap lagi !.

kaer.azlan2 said...

ss

kaer.azlan2 said...

pernahkah anda terfikir mengapa mereka menjadi seperti itu. pernahkah anda tahu apa punca mereka ikut kata ayah pin 100 peratus sehingga sanggup mencium kaki.ada juga yang sanggup memberi isteri mereka meniduri ayah pin kerana percaya diperolehi syafaat dan rezeki yang melimpah ruah. apa anda tahu yang ayah pin sudah lakukan kepada mereka?? ... sememangnya anda tidak tahu langsung dimana, bagaimana, kenapa dan siapa yang mempengaruhi mereka sehingga mereka jadi "buta akhlak"... bayangkan kalau anda berada di dalam golongan itu yang asalnya berpengetahuan "cetek". patutkah anda berkata seperti itu.saya berasa terkilan kerana manusia hari ini berasa riak dan takbur. sewanang-wenangnya melepaskan kata-kata yang tidak sepatutnya sedangkan tidak mengkaji. anda patut bersyukur kerana sejak azali lagi anda sudahpun berada di dipersekitaran yang bersih dari akal fikiran dan dididik dengan akhlak yang baik. saya di sini bukan nak menunjuk pandai tapi izin kan saya berkata sepatah dua kata...
sebagai seorang mukmin, andai kata kita melihat sahabat,orang luar ,rakan kerja,adik-beradik, saudara-mara, anak muda yang membuat kita tidak senang dengan perbuatannya, maka tegur dan ajarlah ia dengan cara yang baik. dan sebaliknya jangan lah kita mengumpat dan mengatakan perkataan yang tidak sewajarnya kerana berkata seperti itu adalah perbuatan yang mensia-siakan dan bahkan ianya mendatangkan dosa secara tidak langsung.jadi renung-renungkan lah...
andai kata saya ada terkasar bahasa, tersalah kata, harap memohon ampun dan maaf jika ada yang menyingung.. kerana yang baik itu datang dari ALLAH, dan yang tidak baik itu mungkin datang dari saya.wassalam

K@R!M said...

Tobat2 la~

amier mafella said...

kita jgn pertikai kerana dlm hadis dh sbut `PADA AKHIR ZAMAN MAKA WUJUDLAH AJARAN SESAT.SESUNGGUNYA YG BERAKAL HARUS LAHH MENEGUR`

Fansyurina Othaman said...

ade gak org mcm nie..berpandulah kepada kitab suci kita Al-Quran..satu2 nya yg patut kita sembah ialah Allah s.w.t..sesungguhnya dia maha pemurah lagi maha pengasih..

aqpenulis said...

subhanallah,...
mohon diampunkan dosa mereka-mereka yang mengikuti pengikut ayah pin, amin. Mohon, agar allah memberi hidayah kepada mereka-mereka sebelum ajAL menjemput. Sesungguhnya allah maha pengampun lagi maha penerima taubat...

Post a Comment

.

Followers