Dapat Ikan Emas Gergasi

Share

GAMBAR menunjukkan Nick Richards memegang ikan emas gergasi di Poole, England baru-baru ini.

Apabila seorang remaja, Nick Richards mendapati jorannya disentap, pelajar sekolah di Britain itu berharap umpannya dimakan seekor ikan kap.

Bagaimanapun, sebuah akhbar semalam melaporkan pelajar berusia 16 tahun itu terkejut apabila dia mendapat seekor ikan emas gergasi sepanjang 40.6 sentimeter (sm) dan berat 2.27 kilogram (kg) semasa memancing di sebuah tasik di bandar ini, selatan England, baru-baru ini.

Ikan peliharaan tersebut dipercayai dibuang oleh pemiliknya ke dalam tasik berkenaan dan ia kemudiannya membesar dengan cepat.

“Pada mulanya saya pergi ke tasik itu untuk memancing ikan kap. Saya pernah mendengar khabar angin bahawa terdapat seekor ikan kap gergasi dan saya berharap akan dapat melihatnya,” katanya.

Menurutnya, dia berada selama dua hari dan dapat menangkap beberapa ikan kap yang besar.

“Namun, tiba-tiba , saya melihat seekor ikan berwarna keemasan yang besar di atas permukaan air,” katanya.

“Ia tidak cedera dan saya melepaskannya semula ke dalam tasik setelah merakamkan gambar ikan tangkapan saya itu,” katanya.

Rekod ikan emas terbesar di Britain sebelum ini berukuran 39.9sm panjang dengan berat 0.9kg.-Agensi

4 comments:

Aqeel said...

GILAAA PUNYAAA BESARRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR

BESSAAAARRR PUNYAAA HAHAHAHA bawak masuk dalam maggi layan ni

Zither said...

mm mcm hasil photoshop je ...

riak muka org tu pn pelik , dpt ikan besar takkan senyum besar tu jeh. heheh

http://bintangzither.blogspot.com

yatie said...

zeither, bukan photoshop, masuk paper psl giant gold fish ni..refer kat sini ye:

http://www.dailymail.co.uk/news/article-1294594/Schoolboy-angler-reels-enormous-5lb-GOLDFISH.html

Im Muslim said...

besau punye!!!!!!!!!!

Post a Comment

.

Followers