Wanita Campak Dan Pijak Bayi

Share

ZHENGZHOU - Seorang wanita yang dituduh mencuri sebuah telefon bimbit di China tiba-tiba meroyan dan bertindak ganas dengan mencampakkan bayinya ke tanah dan memijak kanak-kanak berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam.

Insiden mengerikan itu berlaku di bandar ini, wilayah Henan, baru-baru ini setelah seorang pelajar sekolah tinggi bersemuka dengan wanita itu dan seorang rakan wanitanya apabila dia diberitahu oleh beberapa saksi bahawa mereka mencuri telefon bimbitnya.

Tidak lama kemudian, beberapa anggota polis tiba di lokasi kejadian bersama saudara mara pelajar terbabit apabila perbalahan mereka menjadi semakin serius.

Berang ditolak oleh seorang saudara mara pelajar berkenaan, wanita itu tiba-tiba mencampakkan bayi itu ke tanah dan memijaknya menyebabkan budak tersebut menangis kesakitan.

Bayi tersebut bernasib baik kerana tidak cedera manakala wanita terbabit dibawa ke sebuah balai polis untuk disoal siasat - kosmo


Giler kejam betul. Manusia yang tak ada otak je sanggup buat macam ni.

7 comments:

cik elina said...

gila lah !
ksian baby tuh..
ingt senang ke nk dpt baby..
:(

hani said...

apa punya manusia...luar kawalan...

ejard equado said...

kalau meroyan... tak leh nak ape2 gak. pernah terjadi my family. meroyan kan gile...

yatie said...

a'ah kan, mslhnya meroyan ni kejap ok kejap tak..suppose baby tu kena bg org len jaga

ejard equado said...

betul yatie.. meroyan nih dalam pantang jek. kalau keturunan tuh ada meroyan. bahaya. cepat-cepat kena pisah kan. tak pasal2 baby tuh jadi mangsa keadaan.

♥cutebabygirl♥ said...

gile x sayang anak!
mcm anak tu bole dpt sng2 je.
bodoh!

my name said...

astangfirullah hal azimm... takot aku

Post a Comment

.

Followers