LONDON: Seorang ibu memasuki sebuah balai polis semalam dan berkata: “Saya bunuh dua anak saya.” Fiona Donnison, 43, kemudian membawa polis ke keretanya, tempat mayat anaknya, Harry, tiga, dan Elise, dua, ditemui berbungkus dalam plastik sampah hitam dalam dua beg di but kereta. Fiona yang menghadapi masalah rumah tangga yang teruk ditahan selepas penemuan mengejutkan itu di Heathfield, Sussex Timur sebelum dibawa ke hospital. Dia masih belum disoalsiasat oleh polis dan doktor menyifatkan keadaannya sebagai stabil. Setakat ini, tidak dapat dipastikan bagaimana kanak-kanak itu mati. Bagaimanapun, menurut sumber polis di tempat kejadian, mereka sudah mati agak lama. Fiona juga mempunyai dua anak lain, Will, 15, dan 12, hasil perkahwinannya sebelum ini. Selain itu, seorang anaknya, Mia, dikatakan mati dalam buaian pada 2004.
Sumber polis berkata, kereta yang berisi mayat itu diletakkan berhampiran sekolah tempat anak sulungnya pernah belajar. “Anggota polis yang menemui mayat itu sungguh terkejut.
Wanita itu kelihatan seperti tidak ingat apa yang berlaku.
Jiwanya seperti tidak tenteram,” kata sumber itu. Ketua Superintendan, Robin Smith berkata, Fiona, bekas pengurus insurans, kelihatan tertekan apabila memasuki balai polis. Sementara itu, pasukan perubatan yang dihantar ke tempat kereta berisi mayat itu dibenarkan pulang awal dari tempat kerja kerana terlalu trauma. Polis yang melancarkan siasatan mengepung sebuah rumah berharga 500,000 paun (RM2.8 juta) yang terletak kurang 100 meter dari tempat mayat dua kanak-kanak itu ditemui.
Fiona tinggal di rumah enam bilik itu bersama anak dan suaminya, Paul, sehingga rumah tangga mereka dilanda masalah. Rumah itu diiklankan untuk dijual sebelum Krismas dan tanda ‘dijual’ dilihat di luar semalam.
*sumber : HArian Metro
1 comment:
kesian anak dia...baik x payah beranak langsung...
Post a Comment